Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 01 - 05 Mac, 2021

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Seperti dijangka, ucapan oleh ketua Rizab Persekutuan ternyata agak menarik. Jerome Powell membentangkan laporan setengah tahun polisi kewangan mereka kepada Kongres, dan apa yang beliau bentangkan itu agak membimbangkan jika dilihat pada sudut pemulihan ekonomi AS. Lonjakan dalam aktiviti ekonomi berlaku pada musim panas 2020 dan kemudian diikuti pula dengan kelembapan pertumbuhan nilai. Penurunan kadar pengangguran mula terhenti, manakala perbelanjaan isi rumah juga tidak bertambah.
    Setelah melalui pergolakan dan kemelut yang berlaku pada tahun 2020, tumpuan kini terarah kepada perbezaan sosio-demografi, tetapi gambarannya juga tidak begitu indah. Menurut pihak Rizab Persekutuan, pengangguran dalam kalangan rakyat Amerika berkulit putih adalah sebanyak 5.7%, manakala untuk bangsa Hispanik - 8.6%, dan peratusan itu lebih tinggi dalam kalangan warga Amerika Afrika - 9.2%. Malah terdapat juga diskriminasi antara jantina: pada bulan terakhir 2020, lelaki mendapat 16,000 pekerjaan baru, sebaliknya wanita pula kehilangan 140,000 pekerjaan.
    Semua perkara di atas itu menimbulkan rasa curiga terhadap pemulihan awal ekonomi di Amerika, menyebabkan penurunan sentimen risiko, dan kemudian memberi kesan teruk kepada pasaran saham dan juga dolar AS. Para pelabur kini mengalih perhatian mereka kepada bon jangka panjang kerajaan. Sejak bermulanya 2021, hasil bon 10 tahun perbendaharaan telah meningkat daripada 0.91% kepada 1.56%, dan pertumbuhan tersebut dilihat lebih ketara baru-baru ini. Bagi indeks saham pula (terutama sekali saham syarikat teknologi), kadar mereka juga turut jatuh mendadak. Sebagai contoh, indeks S&P500 susut sehingga 3.8% dalam tempoh dua hari saja - 25-26 Februari, manakala indeks Komposit Nasdaq pula susut lebih daripada 3%. Indeks dolar DXY juga susut perlahan-lahan ke paras terendahnya pada 2018, susut kira-kira 9% pada tahun ini.
    Dalam situasi begini, kebanyakan penganalisis (65%) menjangkakan dolar makin menyusut dan naik ke zon di antara 1.2200-1.2300, ia benar-benar berlaku: paras tertinggi mingguan dicapai pada 25 Februari, kedudukann pasangan EUR/USD berada hampir dengan 1.2245. Namun, para pelabur dilihat mengubah fikiran mereka dan mula sedar tentang pertumbuhan hasil sekuriti jangka panjang Perbendaharaan telah memberi kesan terus kepada pertumbuhan kadar pembiayaan pengguna semasa. Serta-merta ia mengingatkan tentang krisis gadai janji pada tahun 2008 yang menyebabkan permulaan kepada kemuflisan syarikat-syarikat besar. Disebabkan semua itu, nilai dolar sedikit mengukuh dan pasangan EUR/USD turun ke zon di antara 1.2070-1.2100 - paras yang telah beberapa kali didudukinya sejak Disember lalu. Hanya satu perkara yang dapat menjelaskan tentangnya: pasaran mengalami kekeliruan serta prospek ekonomi yang kurang jelas di Eropah dan juga Amerika;
  • GBP/USD. Seperti yang diramal, ucapan Perdana Menteri Boris Johnson pada hari Isnin, 22 Februari, serta data positif pasaran buruh di UK yang dikeluarkan pada hari Selasa, 23 Februari terus mendorong pasangan GBP/USD naik ke paras tertinggi tahun 2018, melonjak ke kedudukan 1.4240.
    Sudah pasti, dinamik pasangan ini akan terjejas dengan perkara yang berlaku di Amerika Syarikat. Justeru, mengulangi parabola EUR/USD, pasangan GBP/USD bergerak ke bawah pada hari Khamis, 25 Februari, lebih-lebih lagi disebabkan oleh lebihan belian yang dimilikinya, dan sebab yang lebih mudah adalah menjual pound demi mendapatkan keuntungan.
    Pada hari Jumaat, setelah rugi sebanyak 355 mata, pasangan ini mencecah paras terendah mingguannya dengan berada di kedudukan 1.3885. Ia diikuti pula dengan lantunan dan mengakhiri minggu pada paras 1.3930;
  • USD/JPY. Telah dinyatakan pada minggu lalu bahawa pasangan ini bergerak dalam saluran mendatar jangka sederhana antara 102.60-107.00. Hanya 35% daripada penganalisis yakin pasangan ini belum lagi menghabiskan pergerakannya ke sempadan atas julat dagangan tersebut. Memang benar, 75% daripada pengayun dan juga 80% indikator trend pada D1 berpihak kepada mereka, menambah lagi keyakinan terhadap ramalan itu, dan ternyata ia benar-benar berlaku. Pasangan USD/JPY merekodkan kedudukan tertingginya sepanjang 26 minggu dengan berada pada paras 106.70 pada tengahari Jumaat, 26 Februari. Untuk paras terakhir mingguannya, ia menduduki paras 106.55;
  • Matawang Kripto. Telah berulang kali kami nyatakan bahawa kewujudan pelabur berinstitusi dalam pasaran kripto menjadi serampang dua mata. Pada satu bahagian, mereka mampu mendorong naik pasaran ke atas, pada bahagian yang bertentangan pula, mereka boleh menjatuhkan nilainya apabila mereka mula menjualnya. Selain itu, tindakan dan juga sentimen daripada institusi-institusi tersebut amat bergantung kepada sentimen serta langkah-langkah yang diambil oleh pihak penggubal dasar dan juga agensi-agensi kerajaan. Inilah yang kita hadapi pada minggu lalu.
    Setelah bitcoin mencatatkan nilai tertingginya iaitu $58,275 pada 21 Februari, para pelabur menunggu nilainya untuk menembusi ketinggian $60,000. Walau bagaimanapun, pengunduran berlaku secara tiba-tiba dan nilainya turun dengan mendadak sebanyak 23% kepada $44,985. Kedudukannya melantun semula ke paras $50,000 selepas itu, dan kemudian turun sekali lagi - ke paras $44,000.
    Menurut kebanyakan penganalisis, penetapan untung secara besar-besaran yang dicetuskan oleh para “jerung” itu berpunca daripada kenyataan Janet Yellen, bekas ketua Rizab Persekutuan yang kini menjawat jawatan Setiausaha Perbendaharaan AS berkenaan sifat spekulatif matawang kripto dan juga kebarangkalian ia digunakan dalam proses penggubahan wang haram. Menurut seorang penganalisis iaitu Sven Henrich, ketua Menteri Kewangan itu sebenarnya telah mengisytiharkan perang ke atas bitcoin.
    “Matawang digital mampu menyediakan sistem bayaran yang lebih pantas dan murah. Namun banyak isu yang perlu diterokai, termasuklah pelindungan pengguna serta penggubahan wang haram,” jelas Janet Yelen, beliau juga ada menyebut tentang matawang digital milik Bank Pusat (CBDC) yang mungkin akan dilancarkan kelak.
    Kejatuhan pasaran bitcoin juga dibantu oleh penurunan indeks global syarikat-syarikat teknologi serta permulaan program vaksinasi berskala besar terhadap coronavirus, tetapi punca paling utama adalah pendirian yang diambil kerajaan AS.
    Menurut Bloomberg, berdasarkan pada penurunan kadar bitcoin, Elon Musk, ketua syarikat Tesla dan juga SpaceX tidak lagi menjadi orang paling kaya di dunia. Bloomberg menyebut, saham Tesla jatuh sebanyak 8.6%, dan kerugian yang dialami Musk adalah sebanyak $15.2 bilion. Dalam masa yang sama, Bloomberg menyatakan penurunan nilai bitcoin sedikit sebanyak mungkin disebabkan oleh kata-kata Musk sendiri yang mengatakan harga matawang kripto begitu tinggi. Pepatah diam itu lebih baik daripada berkata-kata tidak harus dipandang ringan. Adalah lebih baik jika Musk terus menutup mulutnya J.
    Sudah pasti, ada yang rugi, ada yang untung. Contohnya, disebabkan oleh kegagalan teknikal, sebahagian pelanggan bursa kripto di Filipina iaitu PDAX berjaya membeli bitcoin dengan nilai 10 kali lebih rendah berbanding harga di pasaran, lapor Bitpinas. Seorang daripada penggunanya mengaku telah membeli bitcoin dengan nilai 300,000 peso ($6,150), tatkala purata harga di pasaran adalah kira-kira $50,000, dan kemudian beliau memindahkan matawang kripto miliknya itu ke dalam walet. Sehari kemudian, PDAX menghantar surat bagi menuntut bitcoin itu dikembalikan, namun peguam si pembeli menyatakan “transaksi yang dibuat adalah sah, mengikut undang-undang yang ada, dan PDAX tidak boleh secara sebelah pihak membatalkan transaksi tersebut."
    Seorang lagi pelanggan bursa kripto itu tidak menyangka akaun miliknya memiliki wang berjumlah 40 bilion Peso Filipina atau kira-kira 820 juta dolar. Namun tidak dilaporkan sama ada “durian runtuh” daripada PDAX itu boleh dikeluarkan ataupun tidak.
    Umumnya, kebolehpercayaan sesuatu bursa kripto masih lagi menjadi topik yang hangat. Menurut agensi BDCenter Digital, Kraken, Coinbase dan juga Binance adalah antara bursa yang paling selamat. Syarikat broker NordFX juga boleh diberi perhatian, pelanggan syarikat itu boleh membuat transaksi serta menyimpan deposit mereka dalam bentuk matawang kripto. Sepanjang 13 tahun broker ini ditubuhkan, tidak pernah sekali pun ia digodam dan tiada sesen pun dana pelanggan yang pernah hilang.
    Pada petang Jumaat, 26 Februari, pasangan BTC/USD didagangkan di zon $46,000. Jumlah keseluruhan modal pasarannya turun sepanjang minggu daripada $1,625 bilion kepada $1,410 bilion. Manakala Indeks Fear & Greed Kripto akhirnya keluar daripada zon lebihan belian yang kukuh dan berada pada paras neutral, turun daripada 93 kepada 55.
    Berbalik pada altcoin, terdapat berita gembira dan juga berita sedih. Sebagai contoh, pembangun terbesar GPU - syarikat teknologi Amerika iaitu Nvidia telah mengumumkan rancangan mereka bagi melancarkan siri kad grafik yang khusus untuk menghasilkan Ethereum. Menurut CNBC, kad-kad tersebut dijangka akan mula dijual pada bulan Mac ini.
    Namun keadaan sukar yang dialami Ripple tidak akan berakhir. Salah sebuah syarikat perkhidmatan pindahan wang terbesar dunia iaitu MoneyGram enggan menggunakan produk yang berasaskan token XRP akibat tuntutan mahkamah oleh pihak Suruhanjaya Bursa dan Sekuriti AS (SEC) terhadap Ripple. Selain daripada MoneyGram, Coinbase dan OKCoin, Galaxy Digital, Bitstamp, B2C2, eToro dan juga Kraken juga sudah enggan menyokong token XRP setelah melihat pada tuntutan yang dibuat SEC. Syarikat pengurusan aset Grayscale Investment telah mengumumkan pencairan dana pelaburan berasaskan XRP miliknya, manakala 21Shares pula telah mengeluarkan token Ripple daripada produk dagangan bursa mereka. Akibatnya, Ripple mengalami kerugian sehingga 45% daripada nilainya pada minggu lalu, dan pasangan XRP/USD didagangkan pada kadar $0.42 pada petang 26 Februari.

 

Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:

  • EUR/USD. Jumlah yang disebut pada awal ulasan ini telah mengiakan pendapat bahawa masih terlalu awal untuk pihak pengurusan Rizab Persekutuan AS membincangkan tentang pengurangan program pelonggaran kuantitatif (QE), serta berkenaan kenaikan kadar faedah mereka. Justeru, pihak Rizab Persekutuan akan meneruskan polisi kewangan yang longgar, walaupun kadar inflasi dijangka mengalami kenaikan akibat pertambahan dalam penyata imbangan Rizab Persekutuan sepanjang tahun lalu.
    Walau bagaimanapun, bukan AS saja yang sedang menghadapi masalah peningkatan hutang negara. Eropah juga berhadapan masalah yang hampir serupa, dan kadar faedah mereka adalah lebih rendah berbanding negara di seberang Lautan Atlantik. Keuntungan daripada hasil sekuriti kerajaan Kesatuan Eropah juga turut bertambah. Justeru, hasil bon 10 tahun di Jerman sudah pun mencapai keuntungan tertinggi sepanjang tempoh 11 bulan.
    Umumnya, bolehlah kami katakan bahawa kadar keseimbangan antara masalah dan pencapaian di kedua-dua buah Benua secara puratanya masih berada di paras yang sama, mengalami turun naik sementara yang kecil, dan hal itu boleh dilihat pada pergerakan mendatar pasangan EUR/USD selama tiga bulan. Jika anda lihat pada carta, jelas kelihatan pasangan ini bergerak dalam julat dagangan yang sempit antara 1.2050-1.2185 sejak bulan Disember dengan sedikit lonjakan ke paras 1.1950 dan 1.2350.
    Jika bercakap mengenai jangka pendek, 70% daripada penganalisis percaya bahawa pasangan ini akan terus turun ke zon di antara 1.1950-1.2000. Mereka mendapat sokongan 75% pengayun pada H4, baki 25% lagi memberi isyarat pasangan ini memiliki lebihan jualan. Bagi pengayun pada D1, warna merah, hijau dan kelabu neutral menunjukkan peratusan yang hampir sama. 95% daripada indikator trend pada H4 serta 65% pada D1 adalah berwarna merah.
    Namun analisis grafik pada kedua-dua tempoh masa lebih berpihak kepada pergerakan pasangan ini ke atas. Rintangan berada pada paras 1.2170, 1.2240 serta 1.2270. Walau bagaimanapun, setelah berakhirnya lonjakan itu, analisis grafik pada D1 menunjukkan penurunan pasangan ini ke paras sokongan 1.1950 di sepanjang bulan Mac.
    Kini mengenai perkara yang akan berlaku pada minggu hadapan, dan terdapat beberapa yang perlu kita berikan tumpuan. Pertama sekali, kita menunggu ucapan daripada ketua ECB iaitu Christine Lagarde pada hari Isnin 1 Mac dan juga ketua Rizab Persekutuan AS iaitu Jerome Powell pada hari Khamis, 4 Mac. Statistik pasaran pengguna di Jerman dan juga EU akan dikeluarkan pada 1, 2 dan 4 Mac. Bagi statistik makro di AS, indikator aktiviti perniagaan ISM dalam sektor swasta dan juga pembuatan hanya akan diketahui pada hari Isnin dan juga Rabu. Selain itu, menurut ramalan, bermungkinan terdapat pertambahan pekerjaan baru yang dihasilkan bukan dalam sektor agrikultur (NFP) di AS - daripada 49K kepada 148K;
  • GBP/USD. Pertama sekali, bacaan indikator teknikal. Pengayun: 90% pada H4 menunjukkan penurunan, 10% berada di zon lebihan jualan; hanya 15% menunjukkan penurunan pada D1, 50% menunjukkan pertumbuhan, manakala 35% lagi berada di zon neutral. Indikator trend: 80% menunjukkan penurunan pada H4, 20% menunjukkan pertumbuhan, manakala pada D1, 25% menunjukkan penurunan, dan 75% lagi menunjukkan pertumbuhan.
    Analisis grafik pada D1 menunjukkan trend mendatar pada julat antara 1.3860-1.4240. Jelas sekali disebabkan pasangan ini mengakhiri minggu sebelum dengan berada hampir pada sempadan bawah saluran tersebut, ia mungkin akan bergerak naik. 60% daripada penganalisis bersetuju dengan perkembangan itu. Rintangan berada pada paras 1.3960, 1.4055, 1.4085 dan 1.4175.
    Baki 30% lagi percaya pasangan ini akan menembusi sempadan bawah saluran 1.3860, kemudian melepasi sokongan pada 1.3800 dan selepas itu berada di zon antara 1.3600-1.3760. Perlu maklum bahawa jika beralih daripada ramalan mingguan kepada bulanan, bilangan penyokong bear bertambah kepada 65%.
  • USD/JPY.  Trend penurunan pasangan ini selama beberapa bulan terhenti pada 6 Januari, dan kemudian naik, bergerak dalam saluran ke atas. Mengikut analisis grafik pada D1, pasangan USD/JPY kini kian mencecah sempadan atas yang berada di zon antara 106.70-107.00, dan seharusnya menuju ke bawah tidak lama lagi. Senario seperti itu disokong oleh 25% pengayun yang memberi isyarat pasangan ini memiliki lebihan belian. Jelas menunjukkan bahawa 75% pengayun serta 100% indikator pada kedua-dua tempoh masa setakat ini adalah berwarna hijau.
    Bagi penganalisis pula, satu pertiga daripada mereka memihak kepada bull, satu pertiga lagi bersetuju dengan bear, dan baki satu pertiga lagi berpendirian neutral. Walau bagaimanapun, jika beralih daripada ramalan mingguan ke ramalan bulanan, 75% daripada penganalisis bersetuju pasangan ini akan kekal berada pada julat dagangan jangka sederhana 102.60-107.00 (telah dinyatakan pada awal ulasan ini), oleh itu menanti ia untuk kembali ke zon tengah pada paras 105.00. Sokongan berada pada paras 106.10 dan 105.70; Baki 25% lagi percaya bahawa pasangan ini mampu berada di zon antara 108.00-108.50;

  • Matawang Kripto. Keunggulan serta populariti matawang kripto terus bertambah. Menurut BDCenter Digital, 12 daripada 100 ciapan Twitter adalah berkenaan matawang kripto. Sepanjang minggu antara 7-14 Februari, bitcoin telah disebut sebanyak 675,000 oleh para pengguna Twitter. Rekod tertinggi yang dicatatkan sebelum ini adalah pada 10 Januari apabila ciapan pengguna Twitter mengenai bitcoin mencecah jumlah 576,000. Secara keseluruhan, jumlah pemilik matawang kripto kini telah melebihi 200 juta orang dari lebih 150 buah negara.
    Walaupun mengalami penurunan pada minggu lalu, bitcoin secara umumnya bermula dengan baik untuk tahun 2021. Nilai permulaan pasangan ini pada 1 Januari lalu adalah $28,800 dan ia didagangkan pada $46,000 semasa ulasan ini dibuat, pertambahan nilai hampir sebanyak 60%. Kini, paling penting sekali, Indeks Fear & Greed Kripto akhirnya keluar daripada keadaan lebihan belian, turun daripada 93 ke zon neutral pada bacaan 55.
    Sudah pastinya, ia tidak bermaksud sebut harga pasangan BTC/USD akan naik dengan serta-merta. Walau bagaimanapun, apa yang telah berlaku memberi sedikit harapan kepada para pelabur berkenaan pemenuhan ramalan positif kebanyakan penganalisis dan juga pakar kripto. Jika diingat mengenai Lisa Edwards, adik kepada Craig Wright yang sendiri mengaku sebagai pengasas bitcoin telah meramalkan nilai matawang kripto pertama itu akan naik ke paras $142,000. Berdasarkan teori Elliot Wave, beliau menjangkakan nilai emas digital tersebut pada awalnya akan naik ke paras $90,000 menjelang Mei 2021, turun ke paras $55,000 menjelang Januari 2022, dan melonjak ke ketinggian $142,000 pada Mac 2023.
    Menurut pengasas bersama Morgan Creek Digital Assets iaitu Anthony Pompliano, nilai matawang kripto utama itu mungkin akan mencecah $500 ribu menjelang akhir dekad ini, malah mungkin sehingga $1 juta untuk jangka masa panjang.
    Namun, pertumbuhan nilai matawang kripto mungkin akan terhenti setelah ekonomi global kembali pulih daripada kemelesetan yang berpunca daripada wabak coronavirus. Dalam hal ini, bank-bank pusat akan mula menamatkan program pelonggaran kuantitatif mereka, menaikkan kadar faedah, menghentikan pembelian aset dan juga menamatkan cetakan wang murah. Disebabkan itu, aliran pelaburan ke dalam bitcoin sebagai salah satu tempat boleh terhenti dengan cepat.
    Apa yang kami perhatikan pada minggu lalu - sama ada hanya pembetulan sementara atau permulaan bagi “musim dingin” kripto? Persoalan yang masih belum terjawab. Namun, kebanyakan penganalisis (70%) percaya bahawa pasangan BTC/USD akan mencecah zon antara $60,000-75,000 menjelang musim bunga. Baki 30% lagi penganalisis yang bersikap pesimis menjangkakan kedudukan nilainya berada di antara $30,000-35,000.

 

Kumpulan Analitik NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.

Kembali Kembali
Laman web ini menggunakan kuki. Ketahui lebih lanjut tentang Dasar Kuki kami.