Trend Lama yang Diperbaharui Broker NordFX: Berdagang Emas

Dengan pasaran matawang kripto yang menyusut, logam kuning yang megah ini boleh menjadi salah satu alat kewangan paling menyerlah bagi pedagang dan spekulator. 

 

Emas berbanding Bitcoin?

Tidak disangkal lagi, persamaan bagi pedagang Forex adalah berdagang pasangan matawang, dan antara pasangan utama yang ada: Dolar AS, pound British, Euro, Yen Jepun. Transaksi menggunakan matawang fiat ini diketahui memberi keuntungan yang besar terhadap syarikat broker sehinggalah pertengahan tahun lalu apabila ia diganti secara perlahan-lahan oleh bitcoin, ethereum, litecoin dan altcoin digital yang lain.

Namun, selepas kejatuhan mendadak bitcoin, permintaan terhadap matawang maya mula menunjukkan kemerosotan dan sekali lagi ramai pedagang berhadapan dengan soalan bagaimana untuk menambah keuntungan mereka.

Sekarang tiba masanya, musim luruh 2018, kita perlu mengembalikan emas sebagai instrumen yang telah teruji dan lebih menguntungkan. Lagipun, emaslah yang mampu memberi keuntungan secara stabil kepada pedagang.

 

"Batu Pemberat", atau Sekadar Statistik

Sebelum ini, Wall Street Journal cuba menyakinkan para pembaca mereka bahawa emas bukan lagi sebuah pelaburan yang selamat, cuba menjauhkan anda daripada krisis dan inflasi, dan menggelar logam berharga ini sebagai "batu pemberat". Pada masa sama Washington Post turut megeluarkan ramalan yang hampir serupa, dengan berkata "nasib malang emas ". Kedua-dua syarikat penerbitan yang dikagumi ini ternyata salah.

Ia berlaku tujuh belas tahun yang lalu, pada 2 April, 2001, harga emas jatuh sehingga $255.3 setiap auns troy, paras terendah pernah ia alami, dan sedekad selepas itu harganya pulih. Dinamik seperti itu tidak pernah dicapai mana-mana aset dalam pasaran kewangan.

Pada tahun 2011, emas berjaya menembusi sasaran $1,900 setiap auns, dan paras $2,000 yang ikonik kelihatan boleh dicapai beberapa bulan kemudian. Tetapi kemudian nilainya jatuh mendadak seperti avalanche. Mereka yang optimis menggelar kejadian ini sebagai kegagalan untuk pembetulan, manakala golongan pesimis berkata ianya mengembalikan nilai sebenar. (Tidakkah anda bersetuju, ia mengingatkan kita terhadap situasi yang berlaku kepada bitcoin).

Menurut beberapa penganalisis, paras terendah mungkin berada di sekitar $350 bagi setiap auns, tetapi beberapa tahun kebelakangan ini harga emas tidak pernah jatuh di bawah nilai $1000.

Jika anda teliti data Suruhanjaya Emas Dunia, ia jelas menunjukkan minat terhadap logam berharga ini meningkat secara konsisten kerana ia dilihat sebagai perlindungan semasa kegawatan ekonomi dan kewangan yang boleh dipercayai. Permintaan terhadapnya meningkat 42% dalam tiga bulan pertama tahun 2018.

Bank-bank pusat di kebanyakan negara seperti di Rusia, China, India dan sebilangan yang lain, telah menambah rizab emas mereka secara aktif sepanjang sepuluh tahun yang lalu, mencari kaedah bagi mempelbagaikan portfolio mereka. Sebagai contoh, rizab emas Rusia telah bertambah sebanyak 200 tan dalam masa tiga tahun. Dalam konteks ketegangan politik yang berlaku di Timur Tengah dan juga krisis kerjasama dengan AS yang meruncing, Bank Negara Turki turut bergantung kepada emas, dengan menambah 86 tan pada tahun lepas.

Disebabkan oleh negara China dan India, permintaan emas juga turut bertambah dalam industri pembuatan barang kemas dan juga teknologi. Permintaan untuk barang kemas di India saja melebihi 560 tan, dan di China - 645 tan.  

Pada tahun 2017, jumlah rizab emas di 10 negara terbesar adalah lebih kurang 30 ribu tan, dan nilainya mencecah $12 trilion. (Sebagai perbandingan, jumlah modal pasaran kripto pada bulan September 2018 adalah lebih kurang $200 bilion).

Mengapa kami keluarkan nombor-nombor ini? Kami ingin tunjukkan bahawa tidak seperti bitcoin dan pelbagai altcoin yang lain, emas adalah nyata, bukan maya, bernilai, dan ianya satu alat spekulasi tukaran yang baik, tanpa penyusutan nilai yang menghampiri kosong.

 

Mengaut Keuntungan menerusi Emas

Terdapat banyak strategi dagangan yang memberi anda keuntungan menerusi transaksi emas. Tetapi, salah satu strategi paling dipercayai dan menguntungkan adalah dagangan berdasarkan analisis makroekonomi dunia semasa dan juga trend politik, jelas penganalisis kanan NordFX John Gordon.

Dalam kes ini, pedagang perlu tahu harga logam berharga ini bergantung kepada faktor-faktor berikut:

  • Apabila nilai dolar lebih tinggi berbanding matawang dunia yang lain, harga emas akan jatuh. Dan juga sebaliknya: nilai dolar menyusut – emas menjadi lebih mahal. Cukup dengan melihat carta EUR/USD dan juga XAU/USD, hubung kait ini jelas kelihatan;
  • Lebih tinggi harga bahan api (terutamanya minyak), lebih tinggi harga emas;
  • Ketegangan geopolitik seantero dunia, konflik dan peperangan yang melanda, terutamanya di wilayah-wilayah perlombongan emas, adalah asas penting pertumbuhan nilai emas. Lebih besar pergolakan yang berlaku, lebih cepat harganya meningkat;
  • Krisis ekonomi dunia juga menjadi "baja" dalam pertumbuhan pesat "lonjakan emas", memberi para pelabur perlindungan daripada kegawatan dan kekecohan kewangan.

Jika ingin mula berdagang logam berharga, harus diingat bahawa transaksi bersama broker Forex tidak sama dengan transaksi menggunakan matawang biasa. Sebagai contoh, volum lot di sini tidak dikira berdasarkan wang, tetapi dalam gram atau kilogram. 1 lot adalah bersamaan dengan 100 auns troy, dalam kata lain, 3.11 kg bagi setiap logam berharga ini. Oleh itu, dengan menggunakan harga semasa $1,200 bagi setiap 1 auns, 1 lot adalah bersamaan dengan $120,000 dalam istilah kewangan.

Jelas sekali majoriti kebanyakan pedagang tidak mempunyai wang sebanyak itu, dan ternyata penggunaan leveraj kredit sangat diperlukan. Broker di NordFX menawarkan penggunaan nisbah leveraj sehingga 1: 1000 untuk tiga jenis akaun dagangan: Fix, Pro dan Zero. Diketahui umum bahawa saiz transaksi minimum di NordFX adalah 0.01 lot, justeru pedagang hanya perlu melabur lebih kurang 1.5 dolar sahaja untuk menyertai pasaran logam berharga.

 

Ramalan Jangka Sederhana dan Jangka Panjang

 

Untuk ramalan tahun 2019 yang akan tiba pula, majoriti kebanyakan penganalisis menjangkakan pertumbuhan harga emas. “Nampaknya kita perlu bersedia untuk tahap pasaran bull yang seterusnya, bermula di sekitar 2000," tulis Hubert Moolman di laman 24hgold.com, "ia akan berlaku jika paras $1375 berjaya ditembusi."

Menurut penganalisis kanan ABN Amro, Georgette Boele, terdapat kemungkinan harga emas pada tahun 2019 akan naik sehingga 1400 dolar. "Dolar AS dan juga bon 10 tahun Perbendaharaan AS akan memuncak, dan kemudian akan mula menurun pada penghujung 2018. Penyusutan nilai yuan akan berakhir dan peningkatan yang besar dalam konflik dagangan telah berjaya dielakkan. Justeru, harga logam berharga berkemungkinan akan pulih, "- kata Bole.

Penganalisis di JP Morgan Commodities Research juga optimis dengan apa yang bakal berlaku. Mereka menjangkakan harga pada tahun 2019 adalah $1412, pada tahun 2020 - $1,460. Harga yang hampir sama, $1,450, juga diberikan pakar dari bank pelaburan Goldman Sachs.

Bagi perspektif jangka panjang pula, kita perlu beri perhatian kepada ramalan Kumpulan Perbankan Australia dan New Zealand. Menurut ketua pakar ekonomi ANZ Warren Hogan, pertumbuhan nilai keuntungan di Asia akan memberi impak yang besar terhadap pasaran emas, dan harganya dijangka akan mencecah melebihi $2,000 pada tahun 2025.

Salah satu ramalan paling berani telah dikeluarkan oleh pengurus dan juga pakar analisis gelombang Gilburt Financial Services, Avi Gilburt. Harus diingat bahawa beliau telah berjaya meramal dengan tepat pengakhiran pembetulan pada tahun 2015 dan peralihan fasa penting dalam pasaran bull, dan beliau berpendapat proses ini akan berterusan untuk 50 tahun lagi, melonjakkan harga emas kepada $25 ribu bagi setiap auns troy!

Kembali Kembali
Laman web ini menggunakan kuki. Ketahui lebih lanjut tentang Dasar Kuki kami.