Syarikat broker NordFX telah merumuskan prestasi dagangan pelanggan mereka untuk bulan terakhir tahun 2021. Servis dagangan sosial, PAMM dan CopyTrading, serta keuntungan yang diperoleh syarikat-syarikat perkongsian IB juga turut dinilai.
Dalam kalangan pedagang, keputusan terbaik bulan ini telah ditunjukkan oleh pemilik akaun No. 1045XXX dari China yang memperoleh pulangan berjumlah USD 33,105 hasil daripada transaksi ke atas bitcoin (BTC/USD). Penting untuk ketahui bahawa mata wang kripto terunggul itu hilang kedudukannya atau bergerak secara mendatar hampir pada keseluruhan bulan Disember, jadi banyak tenaga yang dicurahkan untuk memperoleh keuntungan sebanyak itu.
Tempat kedua dari tiga teratas bagi pelanggan NordFX paling produktif adalah seorang pedagang dari India (pemilik akaun No. 1583XXX) yang mendapat USD 25,413 hasil transaksi ke atas emas (XAU/USD) dan juga Pound British (GBP/USD).
Akhir sekali, tempat ketiga podium adalah milik seorang lagi wakil dari China (pemegang akaun No. 1549XXX) dengan keuntungan sebanyak USD 22.256 yang menjalankan transaksi ke atas pasangan utama forex iaitu EUR/USD.
Untuk khidmat pelaburan pasif NordFX:
- kami memberi tumpuan maksimum terhadap isyarat yang bersifat tahan lama semasa menganalisis prestasi CopyTrading disepanjang tahun 2021. Kini kami membuat keputusan untuk mengubah “tradisi” ini dan menumpukan perhatian kepada “startup”. Hanya baru-baru ini saja isyarat-isyarat tersebut membuat kemunculannya, disebabkan itulah ianya boleh diklasifikasikan sebagai berisiko. Walau bagaimanapun, nisbah untung/rugi semasa yang ditunjukkan agak menarik: jika bukan untuk pelaburan jangka pendek, setidak-tidaknya pantaulah ia dengan berhati-hati. Disebabkan terdapat banyak isyarat seperti itu, kami tidak akan senaraikan 3 TERATAS, tetapi 5 TERATAS.
AURISTELA - isyarat ini telah wujud sejak 25 Oktober, 2021. Ia memberi pulangan sebanyak 93.23% dalam tempoh 65 hari itu (bulan Disember - 39.53%) dengan penurunan lebih sedikit daripada 35%. Hampir kesemua (99%) transaksi dibuat terhadap emas (XAU/USD).
Isyarat seterusnya adalah Hada. Ia dilancarkan pada 20 November, 2021, lebih daripada sebulan lalu. Jumlah hasil yang diperoleh sepanjang tempoh itu adalah 27.74%, 14.72% untuk bulan Disember, penurunan hanya sebanyak 4.39%, dan pasangan yang didagangkan adalah USD/JPY, XAU/USD, GBP/USD, EUR/USD.
Nombor 3 dalam senarai ialah isyarat Darto Capital, hanya berusia 10 hari, keuntungan modal ke atas transaksi pasangan GBP/USD, EUR/USD, BTC/USD, XAU/USD adalah berjumlah 32.79% dengan penurunan sebanyak 4.80%.
Tempat 5 TERATAS disudahi dengan dua isyarat dan ianya dihasilkan oleh pembangun yang sama jika dinilai pada jangka hayatnya, perkakas yang digunakan serta jumlah transaksi. Mereka adalah Sriniwas (jangka hayat 45 hari, 23.22% keuntungan sejak itu, bulan Disember - 14.38%, penurunan sebanyak 8.38%) dan Rekha Dubey (jangka hayat - sama 45 hari, 30.05% keuntungan sejak itu, bulan Disember - 21.16%, penurunan sebanyak 8.80%). Pasangan yang didagangkan adalah XAU/USD, USD/JPY, GBP/USD, EUR/USD, BTC/USD, US500. Emas adalah yang paling banyak didagangkan (melebihi 70% daripada jumlah kesemua dagangan) dan itu bukan sesuatu yang luar biasa. Namun transaksi terhadap indeks saham Standard & Poor 500 (US500) dilihat agak eksotik. Walau bagaimanapun, indeks tersebut hanya didagangkan lebih sedikit daripada 4% saja oleh pedagang ini.
- Dalam servis PAMM, telah berulang kali kami maklumkan mengenai pengurus dengan nama gelaran KennyFXPRO. Pengurus ini telah menambah jumlah keuntungan modal sebanyak 65% pada akaun KennyFXPRO-The Multi 3000 EA mereka dalam tempoh 11 bulan dengan kadar penurunan yang agak sederhana - kurang daripada 16%. Instrumen dagangan yang mereka gunakan agak pelbagai dan termasuklah pasangan yang tidak begitu popular, sebagai contoh, NZD/CAD, AUD/CAD dan AUD/NZD.
Akaun TranquilityFX - The Genesis v3 juga agak menarik dalam kalangan akaun PAMM. Ia berusia 272 hari dan telah memberi pulangan sebanyak 45% dengan penurunan sebanyak 16% dalam tempoh itu. Set pasangan mata wang yang didagangkan pada akaun ini agak sama dengan akaun KennyFXPRO-The Multi 3000 EA, hal ini mencadangkan bahawa kedua-dua akaun diuruskan oleh pengurus yang sama.
NKFX - Ninja 136 juga agak sama dengan kedua-dua akaun yang dinyatakan sebelum ini. Ia memiliki jangka hayat sebanyak 172 hari, kadar pertumbuhan sebanyak 34%, dan penurunan maksimum kira-kira 15%.
Dalam kalangan perkongsian IB, 3 TEMPAT TERATAS NordFX adalah seperti berikut:
- komisen paling banyak bulan Disember, USD 5,236 telah dikreditkan kepada seorang rakan kongsi dari Vietnam, pemegang akaun No.1371ХXХ;
- seterusnya adalah rakan kongsi dari China, pemegang akaun No. 1336xxx yang memperoleh keuntungan sebanyak USD 2,904 untuk bulan ini;
- dan akhir sekali, seorang rakan kongsi dari India, pemegang akaun No.11570ХХХ yang menerima USD 2,904 sebagai ganjaran, menduduki tempat ketiga.
Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.
Kembali Kembali