Mulai pertengahan bulan November, semua pelanggan NordFX akan menikmati satu lagi peluang portfolio pelaburan terhadap saham syarikat-syarikat global terkemuka. Tiga dana pelaburan tersebut adalah Dana Pro-Industry, Dana Pro-Tech serta Dana Pro-Expert, dan kesemuanya mengandungi saham-saham paling selamat dan memiliki prospek pertumbuhan terbaik.
Kelebihan unik yang dimiliki dana-dana ini adalah yuran kemasukan yang rendah, memberi peluang kepada pelabur baru yang hanya memiliki modal kecil menikmati segala kelebihan pengurusan aset oleh profesional di pasaran.
Transaksi wang yang benar-benar telus dan tidak terikat membolehkan para pelabur mengawal segalanya. Pelanggan boleh membuat deposit atau mengeluarkan wang pada bila-bila masa yang mereka mahukan, juga penglibatan pengurus membolehkan anda menerima keuntungan maksimum yang diunjurkan daripada pelaburan ini.
Dana Pro-Industry
- Jumlah pelaburan bermula daripada $1000
- Unjuran hasil sehingga 27% setahun
- Tempoh pelaburan: 6 bulan ke 1 tahun
- Dana ini mengandungi saham gergasi perindustrian dunia seperti Motorola, Nike, Ferrari, Boeing, Coca-Cola, HP INC, McDonald's, dll.
Dana Pro-Tech
- Jumlah pelaburan bermula daripada $3000
- Unjuran hasil sehingga 40.9% setahun
- Tempoh pelaburan: 3 bulan ke 1 tahun
Dana ini mengandungi saham syarikat peneraju bidang berteknologi tinggi dengan prestasi terbaik. Syarikat yang terlibat adalah seperti Apple, Microsoft, Intel, Alibaba, Adobe Systems, Nvidia, dll.
Dana Pro-Expert
- Jumlah pelaburan bermula daripada $5000
- Unjuran hasil sehingga 57% setahun
- Tempoh pelaburan: 3 bulan ke 1 tahun
- Saham syarikat utama dalam pelbagai jenis industri, dipercayai sepenuhnya dan memiliki potensi pertumbuhan boleh didapati menerusi dana ini. Ia termasuklah saham syarikat Amazon, Netflix, MasterCard, Visa, Google, Facebook, PayPal, dll.
Sebagai tambahan pada pelaburan ke atas dana yang dinyatakan, atas permintaan pelanggan, penganalisis NordFX boleh menyediakan portfolio secara individu kepada pelanggan atau membuat belian saham syarikat yang tersenarai secara individu.
Kembali Kembali